7 Barang IKEA Menarik dan Murah yang Anda Mesti Beli

Posted on

Terasa mahu beli sesuatu dari IKEA tetapi tidak pasti apa? Tengoklah senarai 7 barang menarik dan murah dari IKEA yang anda mesti beli.

Troli RASKOG

Anda boleh menggunakan troli ini dalam pelbagai cara, termasuklah sebagai ruang kerja tambahan di dapur, sebagai storan praktikal di ruang masuk atau meja sisi di bilik tidur anda.

Ia merupakan antara troli yang paling popular dari IKEA. Cantik dan harga pun berpatutan.

Pautan: http://www.ikea.com/my/ms/catalog/products/10216537/

Bekas Makanan PRUTA

Set 17 unit bekas makanan ini amatlah berbaloi jika dibeli! Hanya RM14.90 untuk satu set! Terdapat dua warna pilihan iaitu jingga dan hijau.

Pautan: http://www.ikea.com/my/ms/catalog/products/30316140/

Kabinet Pintu Kaca DETOLF

Kabinet pintu kaca mempamerkan dan melindungi gelas, koleksi kegemaran anda, dan lain-lain. Amat sesuai untuk rumah, kedai ataupun pejabat. Warna pilihan adalah puti dan hitam coklat.

Pautan: http://www.ikea.com/my/ms/catalog/products/60269123/

Laci LENNART

Laci macam ni hanya RM34.90? Memang cantik! Ia mudah digerakkan ke tempat yang diperlukan kerana ia beroda dan ia boleh menampung keras A4 dan kertas bersaiz surat.

Pautan: http://www.ikea.com/my/ms/catalog/products/10326178/

Meja Sisi LACK

Kalau sebelah sofa tiada meja, belilah meja sisi LACK! Produk ini sudah melebihi 10 tahun tapi tidak ditelan zaman. Ia mudah dipasang, ringan dan mudah dialihkan. Harga pun tak sampai RM50!

Pautan: http://www.ikea.com/my/ms/catalog/products/30194898/

Rangka/bakul dawai/para atas/roda ALGOT

Kalau barang di rumah terlalu berselerak, ALGOT akan selesaikan kesemuanya!

Sempurnakan rangka ALGOT anda bersama bakul ALGOT (dijual berasingan) untuk penyelesaian storan dengan rekabentuk yang tersendiri yang sesuai di mana sahaja di rumah anda.

Pautan: http://www.ikea.com/my/ms/catalog/products/S89183930/

Penyangkut Baju BAGIS

Mana nak cari penyangkut baju di bawah RM5? Dekat IKEA sahaja!

Ia sesuai untuk kegunaan di dalam dan di luar bangunan. Plastik dirawat dengan perlindungan UV.

Pautan: http://www.ikea.com/my/ms/catalog/products/10196290/

Wah! Memang seronoklah barang-barang dari IKEA!

Pastinya berkualiti dan harga pun sangat berpatutan, lebih-lebih lagi bekas makanan di atas! Kalau nak buat pesanan secara online, WhatsApp kami terus di nombor +6010-2597946 untuk membuat penempahan secara online!

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *